LAWATAN PENILAIAN COMPETENCY STUDY TOWARDS DEVELOPING CLUSTER OF EXCELLENCE OLEH OPITO, UK

ADTEC Kemaman telah terpilih sebagai salah satu daripada 15 institusi awam untuk penilaian kajian analisis jurang (Gap Analysis) bagi OPITO Desktop Audit & Ongoing Approval oleh Johor Petroleum Development Corporation (JPDC) di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (MEA). Lawatan penilaian bagi kajian ini dijalankan oleh Offshore Petroleum Industry Training Organization (OPITO), United Kingdom (UK)…

PROGRAM HARI KESIHATAN PERGIGIAN

9 Februari 2020: Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kemaman telah menganjurkan Program Hari Kesihatan Pergigian di ADTEC Kemaman. Warga ADTEC Kemaman bertuah kerana berpeluang mendengar taklimat berkaitan ‘Maklumat Asas Pergigian’ dan ‘Remaja Tampil Bergaya dengan 1 Senyuman’. Selain itu, aktiviti pemeriksaan gigi dan demonstrasi latihan memberus gigi, menggunakan flos dan pemeriksaan amalan kendiri (MSE). Terima kasih…

PEMERIKSAAN BILIK DEDAHAN RADIOGRAFI DAN LAWATAN TAPAK PERLAKSANAAN SINAR GAMMA BAGI TUJUAN LATIHAN RADIOGRAFI INDUSTRI TAHAP 1&2 DI ADTEC KEMAMAN OLEH PEGAWAI LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM

ADTEC Kemaman baru-baru ini menerima lawatan dari pegawai-pegawai dari ibu pejabat dan cawangan pantai timur Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) bagi tujuan perlaksanaan latihan Radiografi Industri Tahap 1&2. Lawatan adalah bertujuan untuk mengenalpasti peralatan dan fasiliti bilik dedahan dan tapak amali bagi sinar gamma di ADTEC Kemaman adalah mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh akta.…