KEMPEN AMALAN SOP COVID-19

Selaras dengan hasrat kerajaan dan norma baru yang perlu diamalkan, maka ADTEC Kemaman telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan kesedaran di kalangan warganya dengan mempamerkan ‘banner’ dan ‘bunting’ Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 di semua bangunan.

PROGRAM DERMA DARAH

Program Derma Darah bagi sesi 1/2021 telah diadakan pada 7 Februari 2021 bertempat di Dewan Besar, ADTEC Kemaman. Program anjuran Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL) dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, dijadualkan bermula jam 10 pagi hingga 3 petang. Program ini dijalankan dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. . Diakhir program, pihak…