PROSES PENDAFTARAN BERSEMUKA

Pada 28 Februari yang lalu, Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL) ADTEC Kemaman telah menjalankan proses pendaftaran bersemuka bagi pelajar baharu sesi 1/2022. Pendaftaran ini dijalankan selepas pelaksanaan kuarantin iaitu selama 5 hari dan ujian saringan kendiri covid-19. Para pelajar yang terlibat perlu mengemukakan dokumen pendaftaran, menerima barang keperluan dan mengambil gambar bagi kad NDP.

MSR SESI 1/2022

Minggu Silaturahim (MSR) secara atas talian bagi pelajar baharu Sesi 1/2022 telah diadakan pada 21 Februari 2022 sehingga 23 Februari 2022 menggunakan Platform Google Meet. Slot yang terlibat adalah Taklimat Pengenalan ADTEC Kemaman, Pengurusan & Kebajikan Pelajar, Sistem Latihan & Penilaian, Kerjaya & Halatuju Pelajar, Taklimat Diri Anda Yang Mewarnakan Hidup Anda dan slot terakhir…