Majlis diadakan pada 21 Oktober 2021 dan disempurnakan oleh YB DATUK HJ AWANG BIN HASHIM, Timbalan Menteri Sumber Manusia. Majlis ini bukan sahaja menyaksikan penyerahan surat tawaran Dana Kompetitif PTPK bagi program Underwater Welding kepada peserta yang terpilih malah menyaksikan proses menandatangani MOU kerjasama antara ADTEC Kemaman dan Syarikat Hamdan Abdullah Sdn Bhd dalam bidang latihan underwater welding. Majlis turut dilengkapkan dengan majlis perasmian tapak latihan dengan demonstrasi peralatan latihan dan pameran berkaitan underwater welding.