NIOSH Wilayah Pantai Timur telah membuat kunjungan hormat ke ADTEC Kemaman pada 06.12.2021. Pihak NIOSH diketuai oleh Pengurus Wilayah Timur En.Hisyamuddin diiringi bersama 3 pegawai lain telah disambut oleh Pengarah ADTEC Kemaman.
Pengarah ADTEC Kemaman menyampaikan kata-kata aluan, dan perbincangan santai dimulai dengan perbentangan perkembangan semasa ADTEC Kemaman & pihak NIOSH. Kedua-dua pihak saling memaklumkan perancangan akan datang dan berkongsi potensi kerjasama yang boleh dijalin.
Di akhir pertemuan, pihak ADTEC Kemaman berbesar hati membawa pihak NIOSH meninjau ke lokasi fasiliti latihan ‘LIFT Training’. Pihak ADTEC Kemaman menawarkan peluang kerjasama bagi memanfaatkan fasiliti ‘LIFT Training’ kepada pihak NIOSH untuk mewujudkan persijilan yang berkaitan bagi memenuhi keperluan industri. Lawatan berakhir pada jam 1.00 ptg.