Program Derma Darah bagi sesi 1/2022 telah diadakan pada 14 Mac 2022 bertempat di Dewan Besar, ADTEC Kemaman. Program anjuran Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL) dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, dijadualkan bermula jam 10 pagi hingga 3 petang. Program ini dijalankan dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Diakhir program, pihak HSNZ mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga ADTEC Kemaman atas 101 dermaan beg darah .