Program ‘Bijak Belajar’ Sesi 1/2022 yang melibatkan 229 orang pelajar baru sesi 1/2022 telah dilaksanakan di Dewan Kuliah Utama, ADTEC Kemaman. Program anjuran Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan ini bertujuan untuk memberikan kesedaran dalam meningkatkan prestasi pembelajaran, dan mengetahui teknik belajar yang betul. Program ini dikendalikan oleh Puan Fatimah Akmal binti Mohd Rashid, Pegawai Psikologi ADTEC Kemaman. Semua pelajar diharap dapat mengamalkan suasana pembelajaran yang positif dan kondusif di institut.