Program ‘Lebih Baik Cegah’ oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang melibatkan 200 orang pelajar baru telah dilaksanakan di Dewan Besar, ADTEC Kemaman. Program anjuran Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan dan AADK Daerah Kemaman ini bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang pentingnya usaha secara bersama dalam membanteras penyalahgunaan dadah di dalam komuniti. Program ini dikendalikan oleh Puan Rosnini binti Jusoh dari AADK Daerah Kemaman. Antara pengisian program adalah pengenalan kepada jenis-jenis dadah, kesan dadah kepada diri sendiri dan komuniti dan sebagainya. Terima kasih diucapkan kepada pihak Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kemaman di atas taklimat yang penuh dengan informasi ini.