Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kemaman yang diwakili oleh Ts. Wan Shaiful Hasrizam bin Wan Muda bersama Ts. Mohd Anuar bin Said telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat YB Haji Mohd Nurkhuzaini bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro Dan Hal Ehwal Pengguna, Negeri Terengganu ( YB Hj. Khuz).
Kunjungan ini dilakukan pada 30 Mac 2022 bagi memperkenalkan ADTEC Kemaman sebagai salah sebuah agensi Kerajaan Persekutuan di Negeri Terengganu yang memainkan peranan secara aktif dalam melatih para belia dan mengeluarkan sumber manusia dalam pelbagai bidang kemahiran.
Pihak ADTEC Kemaman juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diatas kesudian YB bersetuju menerima jemputan bagi merasmikan dan menyampaikan diploma pada Majlis Konvokesyen ADTEC Kemaman Tahun 2022. Majlis tersbut akan diadakan pada 20hb. Jun 2022 di Dewan Besar, ADTEC Kemaman.