ADTEC Kemaman telah dijemput oleh Yayasan Terengganu untuk membincangkan pembiayaan program latihan Chargeman B0 kepada rakyat Terengganu. Perbincangan diadakan di pejabat Yayasan Terengganu di Kuala Terengganu pada 27 Julai 2022.
ADTEC Kemaman diwakili Timbalan Pengarah Operasi, En. Wan Shaiful Hasrizam, Penolong Pengarah CESS En.Khairil Azhar dan Pengajar Pakar Bahagian Teknologi Elektrik Kuasa En.Norhisan telah hadir memberi penerangan kepada pihak Yayasan Terengganu yang diketuai Ketua Bahagian Penajaan & Transformasi Pendidikan Tn. Haji Jaafar b. Abdullah.
Perbincangan berkisar peluang kerjasama di antara ADTEC Kemaman & Yayasan Terengganu untuk menyedia dan membiayai kos latihan kepada rakyat Terengganu bagi memperolehi kompetensi sebagai Chargeman B0.
Yayasan Terengganu amat berminat dengan cadangan diberikan dan berhasrat menjalin kerjasama demi membantu rakyat dan anak tempatan memiliki kompetensi sebagai Chargeman B0 yang seterusnya akan menyumbang kepada pembangunan negeri.