ADTEC Kemaman diketuai Pengarah Tn. Hj. Abdul Halim Abd Rahman bersama Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah Unit Korporat dan Ketua Bahagian Teknologi Automotif telah bertandang ke Proton Global Services (PGS) di Subang Jaya, Selangor.
Delegasi disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif PGS Mr. Lee Yeet Chuan dan beberapa kakitangan.
Perbincangan dimulai dengan presentasi oleh pihak PGS. Penerangan merangkumi skop perniagaan PGS meliputi aktiviti promosi, pengedaran produk, servis, latihan teknikal, F&B dan merchandise produk-produk Proton Bhd.
ADTEC Kemaman seterusnya membentangkan fungsi institut lalu menawarkan peluang kolaberasi berbentuk perkongsian kemudahan latihan dan perkongsian kepakaran teknologi automotif dari Proton. Pelawaan ADTEC Kemaman disambut reaksi positif oleh pihak PGS seterusnya mengesyorkan perbincangan ini dilanjutkan ke fasa seterusnya. Perbincangan ditangguhkan pada jam 1.30 tengahari.
Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan demi merealisasikan matlamat kerjasama yang bakal menguntungkan semua pihak.