ADTEC Kemaman telah dipilih oleh pihak Korean Chambers of Commerce and Industry (KCCI) iaitu salah satu agensi di bawah kerajaan Republik of Korea (ROK) bagi mewakili Malaysia dalam melaksanakan latihan TVET bagi pelajar dan pengajar daripada negara ASEAN dalam bidang elektrik. Program ini merupakan tajaan sepenuhnya oleh KCCI dalam usaha melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing dari kalangan negara ASEAN. Satu institut yang
terbaik
dari setiap negara ASEAN dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh KCCI telah dipilih untuk menjadi penyedia latihan bagi program ini.
Satu lawatan pemeriksaan daripada pihak KCCI telah diadakan bermula 26 hingga 31 Oktober 2022. Pihak KCCI telah melawat fasiliti dan kemudahan latihan di ADTEC Kemaman dan mereka amat berpuas hati terutamanya kemudahan latihan di Bengkel Teknologi Elektrik Kuasa. KCCI juga turut membuat lawatan AS Power (M) Sdn. Bhd. dan Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC) selaku rakan industri ADTEC Kemaman dalam menyediakan penempatan latihan industri bagi program ini.
ADTEC Kemaman amat berbesar hati dengan pemilihan bagi menjayakan program ini dan berharap ianya menjadi pemangkin dalam usaha mempromosikan latihan TVET ADTEC Kemaman ke peringkat antarabangsa.