ADTEC Kemaman telah melangsungkan Kursus DAIKIN ACCT RA Installation kepada 10 orang peserta pada 16-20 Oktober 2022. Kursus instalasi ini adalah salah satu pakej latihan disediakan ADTEC Kemaman dengan persijilan profesional oleh DAIKIN (M) khususnya untuk pekerja industri (DAIKIN dealer). Peserta akan didedahkan kaedah instalasi penghawa dingin domestik menepati spesifikasi dan piawaian DAIKIN yang pastinya akan menjamin kualiti dan kesempurnaan pemasangan. Kursus ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dengan dikenakan kadar yuran berpatutan. Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi ADTEC Kemaman di talian 04-866 4000. Harap maklum.