Pada tahun ini seramai 50 orang pelajar telah dicalonkan sebagai calon Majlis Perwakilan Pelajar. 50 orang calon ini telah melalui saringan pertama iaitu melalui proses temuduga. Sesi temuduga telah dijalankan pada 24 Januari 2019 di Pusat Sumber. Selepas proses temuduga ini hanya seramai 28 orang calon telah terpilih untuk melalui proses seterusnya iaitu proses berkempen. Kemuncak kepada sesi berkempen adalah Majlis Pengucapan Awam yang diadakan pada 29 Januari 2019 di Dewan Kuliah Utama. Para calon telah berkempen dengan membentangkan manifesto masing-masing bagi meraih undi.

Pada Majlis Pengucapan Awam, pertandingan penyampai manifesto terbaik telah diadakan. Tempat Pertama ialah Nor Amirul Arif bin Johari daripada Bahagian Teknologi Instrumentasi menerima hadiah wang tunai RM100 dan hamper. Tempat kedua ialah Mohd Azmil Nazreen bin Mohd Jamil daripada Bahagian Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara menerima hadiah wang tunai RM70 dan hamper. Tempat ketiga ialah Mohamad Iqmal bin Dzulkarnain daripada Bahagian Teknologi Kimpalan menerima wang tunai RM50 dan hamper.