24 Februari 2019 bertempat di Dewan Kuliah Utama telah berlangsung Bengkel ‘Presentation & Management Tools’. Bengkel ini disertai oleh 99 orang pelajar Semester 4 yang akan membuat Projek Tahun Akhir (PTA) 1. Sesi pagi telah dimulakan dengan Bengkel ‘Presentataion’ yang dikendalikan oleh En Ismawi bin Ismail. Pada sesi ini para pelajar didedahkan dengan cara-cara membuat ‘presentation’ dan cara penyampaian yang berkesan. Pada sesi petang, Bengkel ‘Management Tool’ dikendalikan oleh Encik Mohd. Anuar bin Said. Sesi ini mendedahkan kepada para pelajar cara membuat dan keperluan ‘Ghantt Chart’, ‘flow chart’ dan ‘bill of material’ untuk dimasukkan dalam laporan Projek Tahun Akhir. Bengkel ini diharapkan dapat memberi informasi dan panduan kepada para pelajar untuk menyiapkan PTA 1 masing-masing.