Khamis, 1 Ogos 2019 – ADTEC Kemaman telah menerima kunjungan daripada para pelajar SMK Sultan Mizan. Para pelajar telah diberi penerangan berkaitan kursus-kursus TVET yang dilaksanakan di ADTEC Kemaman.
Seterusnya para pelajar turut diberi peluang untuk melawat Bahagian Teknologi Kimpalan sebagai salah satu contoh program yang dijalankan di ADTEC Kemaman.