Dua orang pensyarah iaitu En. Syahriman bin Mohamad Kasim dan En. Mohd Safari bin Abd Rahman dari Bahagian Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara, ADTEC Kemaman telah menjalani Program Sangkutan Industri (LSI) di Syarikat Alam Dingin Air-Conditioning Engineering SDN. BHD. Program ini bermula pada 15 Julai 2019 dan tamat pada 31 Julai 2019 yang lalu.
Program ini bertujuan untuk memperkasakan lagi kerjaya pensyarah di ADTEC Kemaman di samping penekanan ilmu tentang Brazing Procedure yang digunapakai oleh Syarikat Alam Dingin Air-Conditioning Engineering SDN. BHD. Ini secara tidak langsung dapat mempertingkatkan mutu dan kualiti latihan kemahiran dalam bidang brazing kepada para pelajar ADTEC Kemaman khususnya.
Pihak syarikat juga telah bersetuju untuk memberi kepercayaan dan kebenaran kepada dua orang pensyarah ini untuk menggunapakai prosedur brazing yang dibangunkan ini dalam mentauliahkan pelajar-pelajar ADTEC Kemaman dengan satu sijil tambahan kemahiran brazing iaitu “Brazing Certification” sebagai salah satu nilai tambah yang boleh meningkatkan lagi peluang kebolehpasaran pekerjaan pelajar khususnya.
Selain itu juga, program ini juga membolehkan pensyarah berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan pakar di industri dalam pengajaran teori dan praktikal untuk dilaksanakan di institut. Di akhir program LSI ini, En. Syahriman bin Mohamad Kasim dan En. Mohd Safari bin Abd Rahman telah ditauliahkan dengan Brazing Qualification selepas berjaya melepasi beberapa ujian kelayakan yang diadakan di Syarikat Alam Dingin tersebut. Diharapkan pelaksanaan LSI ini dapat mencapai objektifnya dan pengalaman yang diperolehi oleh para pensyarah ini dapat dikongsi bersama dengan pelajar dan pensyarah lain amnya.