Pada 22 September 2019, Jawatankuasa Penilaian Projek Tahun Akhir telah menganjurkan Bengkel ‘Power Presentation’ bersama Hikmah Learning Sdn. Bhd..
.
Bengkel ini bertujuan untuk membentuk keyakinan diri pelajar dan cara berkomunikasi dengan lebih efektif serta pendedahan berkaitan kemahiran pengucapan awam yang berkesan.
.
Bengkel ini melibatkan 124 orang pelajar semester akhir daripada 6 bahagian. Antara modul yang dijalankan ialah sesi Ice Breaking & Pembugaran Minda, Content Development dan Komunikasi Lisan & Bukan Lisan.
.
Diharap program ini dapat membantu para pelajar untuk membentang Projek Tahun Akhir dengan lebih yakin dan berkesan.