Bahagian Teknologi Instrumentasi, Jabatan Elektrikal dan Instrumentasi telah menjalankan Kursus ” Process Instrumentation and Control” selama 4 hari yang berakhir pada 17 september 2020 bertempat di ADTEC Kemaman. Seramai 6 orang peserta kursus yang terdiri daripada pensyarah Universiti Malaysia Pahang (UMP). Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta berkenaan ‘Operation, Measurement, Calibration’ serta sistem kawalan loji proses. Di akhir kursus, para peserta telah diberikan Sijil Penyertaan yang telah disampaikan oleh Ts. Wan Shaiful Hasrizam selaku Timbalan Pengarah (Operasi) ADTEC Kemaman