Bahagian Teknologi Instrumentasi, Jabatan Elektrikal dan Instrumentasi dengan kerjasama Juasatek Infinity Sdn Bhd telah menjalankan kursus “‘Instrumentation & Calibration Training'” pada 11 hingga 13 September 2020 bertempat di ADTEC Kemaman. Seramai 10 orang peserta kursus yang terdiri daripada pekerja industri sektor minyak & gas sekitar kemaman. Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta berkenaan ‘Operation, Measurement, Calibration’ serta sistem kawalan loji. Di akhir kursus, para peserta telah diberikan Sijil Peningkatan Kemahiran yang telah disampaikan oleh Ts. Wan Shaiful Hasrizam selaku Timbalan Pengarah (Operasi) ADTEC Kemaman