Melalui kerjasama industri ADTEC Kemaman bersama syarikat Hamdan Abdullah Sdn Bhd (HASB), program Underwater Welding telah dirangka bagi melahirkan tenaga kerja mahir negara yang kompeten dikalangan lepasan pelajar ILJTM dalam bidang kimpalan. Program tersebut yang telah diperakukan secara bersyarat oleh Jawatankuasa Teknikal Program Pembiayaan Kompetitif dan Geran Padanan, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dalam fasa penilaian pemetaan silibus berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dan pentauliahan program di bawah Persijilan Kemahiran Malaysia daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
JPK telah menganjurkan bengkel penilaian pemetaan silibus bersama panel penilai yang terdiri daripada panel pembangunan NOSS telah diadakan pada 3 – 4 Oktober 2020 di ADTEC Kemaman. Bengkel tersebut dimulakan dengan taklimat pengenalan ADTEC Kemaman dan program Underwater Welding oleh En.Wan Shaiful Hasrizam bin Wan Muda, Timbalan Pengarah Operasi sebelum sesi pembincangan dan penilaian bersama panel penilai seramai 6 orang iaitu En.Syed Khairul Attas bin Syed Muhammad Al Attas dan En.Jamaluddin bin Ahmad Tinggal bagi program Air/Mixed Gas Surface-Supplied Diving, En. Muhammad Hafiz bin Ahmad dan En.Ruzaidi bin Ramli bagi program Open Water Diver manakala En. Zaifulizan bin Mohd Yusoff dan EN.Mohamad Khairudin bin Hassan bagi program Mechanical Plan Operations.
Diakhir sesi bengkel, satu lawatan tapak ke Underwater Welding Training Centre di HASB telah diadakan pada 4 Oktober 2020 bagi melengkapkan proses penilaian dan pentauliahan program oleh panel penilai dan pegawai JPK. Delegasi lawatan yang terdiri daripada pegawai JPK, panel penilai serta pegawai dan pensyarah ADTEC Kemaman telah diberi dengan taklimat keselamatan dan pengenalan program oleh pegawai HASB. Sesi lawatan diteruskan dengan lawatan ke ruang pameran kelengkapan dan peralatan dan kemuncak sesi tersebut diadakan sesi demonstrasi underwater welding oleh welder terlatih HASB. Hasil daripada sesi penilaian silibus dan lawatan pentauliahan tersebut, diharapkan ADTEC Kemaman berjaya ditauliahkan program Underwater Welding daripada JPK dan seterusnya perancangan pelaksanaan program tersebut dapat direalisasikan pada tahun 2021.