Seramai 24 orang calon kursus Penjaga Jentera Elektrik Sekatan B0 (11kV) sedang menduduki peperiksaan SuruhanJaya Tenaga (ST) di bengkel Teknologi Elektrik Kuasa, ADTEC Kemaman. Peperiksaan dijalankan selama 10 hari bermula 7 sehingga 16 Disember 2020. Calon-calon merupakan pekerja industri yang telah digalakkan oleh pihak majikan mengikuti kursus ini demi peningkatan kerjaya dan keperluan operasi syarikat.
Program Chargeman B0 (11kV) ialah salah satu kursus persijilan profesional yang dijalankan di ADTEC Kemaman dan satu-satunya pusat latihan ILJTM bertauliah yang boleh menjalankan program ini. Para peserta terdiri calon Separuh Masa seramai 14 orang dan calon Sepenuh Masa seramai 10 orang. 20 orang daripada mereka merupakan peserta tajaan dan dibiayai sepenuhnya oleh dana Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB). Kesemua calon masing-masing telah pun melengkapkan syarat latihan iaitu 600 jam untuk peserta separuh masa dan 800 jam untuk peserta sepenuh masa.
Peperiksaan telah dinilai oleh 3 orang pemeriksa berpengalaman yang dijemput khas dari pusat latihan lain. Sepanjang peperiksaan, wakil dari ST turut hadir memantau dan menilai para calon. Para calon juga sentiasa mematuhi dan mengamalkan batas-batas norma baru sepanjang peperiksaan berjalan.
Semoga kesemua calon lulus peperiksaan dengan jayanya dan mencapai tahap kompetensi yang diharapkan demi peningkatan kerjaya dan kelangsungan operasi syarikat mereka masing-masing.