Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ADTEC Kemaman telah membuat inisiatif bagi mewujudkan Kiosk MPP yang dijangka akan beroperasi pada akhir bulan ini. Para pelajar boleh mendapatkan keperluan alat tulis serta makanan dan minuman bagi memenuhi keperluan pelajar. Kiosk ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh MPP ADTEC Kemaman. Pembukaan Kiosk MPP ini diharap dapat meningkatkan daya keusahawanan dan juga memupuk semangat bekerjasama dalam organisasi dalam kalangan pelajar ADTEC Kemaman.