30 Mac 2021. Seramai 18 orang pelajar semester akhir kursus Diploma Teknologi Binaan (Sivil & Struktur) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke tapak projek Syarikat SY Bina Mahligai Resources yang terletak di Air Putih dan Kijal. Pihak syarikat telah berkongsi tentang keselamatan, keadaan sebenar dan kerja-kerja pembinaan di tapak. Selain itu, pihak ADTEC Kemaman juga telah berkunjung ke Projek Pemajuan Kawasan (PPK) Air Putih. Projek ini bernilai RM20j dan merangkumi pembinaan 200 unit rumah teres setingkat yang mana ianya menggunakan teknologi IBS dalam pembuatan dinding. Ianya di bawah pemilik Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Kontraktor utama adalah Ponterosso Technic Sdn Bhd. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar tersebut tentang alam pekerjaan di tapak bina. Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan dimasa akan datang.