Tarikh : 4 Januari 2018 (Khamis)
Masa : 8.30 hingga 11.30 pagi
Tempat : Dewan Serbaguna Aras 1, KSM, Putrajaya
ADTEC Kemaman berjaya mempamerkan kecemerlangan dalam penilaian indeks akauntabiliti pengurusan kewangan yang dijalankan oleh Unit Audit Dalam KSM pada 16 hingga 20 April 2017.
Sijil Penghargaan 5 Bintang Penilaian Indeks Akauntabiliti Tahun 2017 KSM telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia.
Tuan Pengarah, Haji Abdul Halim Abd Rahman mengucapkan ucapan tahniah dan terima kasih atas komitmen serta kerjasama seluruh warga ADTEC Kemaman atas pencapaian yang cemerlang ini. Semua usaha ini dapat dikekalkan dan diteruskan dari masa ke semasa.