Pusat Latihan Tinggi Teknologi Kemaman atau singkatannya ADTEC Kemaman ditubuhkan di bawah pentadbiran Jabatan Tenaga Manusia (JTM) yang dikelolakan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) Malaysia. Pusat latihan ini terletak kira-kira 22.5km dari Bandar Chukai.Ianya dibina di atas tapak seluas 100 ekar di Kampung Payoh, Kemaman, Terengganu. ADTEC Kemaman telah siap dibina sepenuhnya pada tahun 2010. Secara umumnya ADTEC Kemaman merupakan agensi kerajaan pusat yang bertujuan memberi latihan teknikal secara formal kepada pekerja-pekerja sektor perindustrian dan para belia lepasan sijil bagi membolehkan mereka mendapat kemahiran terutamanya dalam bidang Sivil, Mekanikal dan Elektrikal.
Selaras dengan visi untuk menjadi institusi peneraju dalam membangunkan tenaga kerja yang berdaya saing, ADTEC Kemaman terus melangkah maju ke hadapan bagi merealisasikan misinya untuk melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing di era globalisasi ini.