Minggu Silaturrahim sesi 1/2019 diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya ialah ceramah. Melalui ceramah ini, para pelajar didedahkan kepada:

  • Bhgn. Pengurusan Pelajar & Latihan : mendedahkan para pelajar tentang peraturan-peraturan yang digunapakai di ADTEC Kemaman
  • Bhgn. Kawalan Kualiti & Latihan: memperkenalkan pelajar kepada sistem dan sijil persijilan yang dilaksanakan di ADTEC Kemaman
  • Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) : mengingatkan pelajar kepada bahaya penggunaan dadah dan hukuman kepada penggunanya.
  • Bomba : mendedahkan para pelajar kepada cara pencegahan dan mengawal jika berlaku kebakaran
  • Taklimat EKSA & ‘Go Green’: mendedahkan pelajar kepada budaya EKSA yang diamalkan di ADTEC Kemaman

Semoga dengan ceramah-ceramah ini, para pelajar dapat manfaat daripadanya dan membiasakan diri dengan situasi di ADTEC Kemaman.