PROSES PENDAFTARAN BERSEMUKA
Pada 28 Februari yang lalu, Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL) ADTEC Kemaman telah menjalankan proses pendaftaran bersemuka bagi pelajar baharu sesi 1/2022. Pendaftaran ini dijalankan selepas pelaksanaan kuarantin iaitu selama 5 hari dan ujian saringan kendiri covid-19. Para pelajar yang terlibat perlu mengemukakan dokumen pendaftaran, menerima barang keperluan dan mengambil gambar bagi kad NDP.