Bengkel Pembentangan Projek Tahun Akhir 1 (PTA 1) telah berlangsung pada 22 Februari 2021 bertempat di Dewan Kuliah Utama, ADTEC Kemaman. Bengkel ini melibatkan seramai 207 orang pelajar yang meliputi enam (6) kursus iaitu Diploma Teknologi Binaan, Diploma Teknologi Automotif, Diploma Teknologi Kimpalan, Diploma Teknologi Mekanikal, Diploma Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara yang kini semester 4 dan Diploma Teknologi Elektrik Kuasa yang berada di semester 6. Penceramah bagi bengkel ini ialah En Hamdan bin Hashim, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan(TP PL) ADTEC Kemaman. Objektif bengkel ini adalah memberi pendedahan dan tip-tip bagi menjadi seorang pembentang yang efektif dan boleh menarik audience. Diharapkan hasil dari bengkel ini para pelajar dapat mengaplikasikannya semasa pembentangan PTA 1 dan PTA 2 mereka nanti.