Tarikh : 22 – 24 Februari 2018
Tempat : Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur
Permulaan yang memberangsangkan bagi ADTEC Kemaman pada tahun 2018, apabila penyertaan sulung dalam Malaysia Technlogy Expo (MTE) 2018, The 17th International Expo on Inventions and Innovations telah membuah hasil yang membanggakan apabila projek Detector of Carbon Monoxide Gas in Vehicle telah dianugerahkan Silver Award. Manakala, 2 lagi projek iaitu Flood Alert System dan Solar Honey Vacuum dianugerahkan Merit Award. Kejayaan ini membuktikan inovator ADTEC Kemaman mampu bersaing dengan inovator-inovator dari universiti tempatan seperti UMT, UITM, UNISZA, UPM, UTM dan inovator negara luar seperti Taiwan, Korea, Croatia, Iran dan Indonesia.