BAHAGIAN TEKNOLOGI INSTRUMENTASI
Tajuk Projek: Light Activated Motion
Keterangan Projek:
Lampu di lorong bengkel akan hidup secara automatik sekiranya mengesan ada pergerakan pengguna di lorong tersebut. Dengan ini tenaga elektrik dapat dijimatkan kerana lampu hanya akan menyala jika ada pengguna yang melalui lorong dan akan padam sendiri sekiranya tiada pengguna. Sensor pengesan pergerakan di pasang di permulaan lorong yang bertindak mengesan kehadiran pengguna. Jika sebelum ini lampu akan sentiasa terpasang sepanjang waktu latihan dan dengan adanya projek ini, lampu hanya akan terpasang apabila diperlukan.
Tajuk Projek: Student’s Kiosk
Keterangan Projek: Kayu Pallet terpakai
Keterangan Projek:
Kayu pallet terbuang telah diubahsuai menjadi Sudut Informasi Pelajar. Terdapat soket pengecas telefon bimbit dan juga rak buku untuk bacaan pelajar.
Tajuk Projek: Sistem Penyiraman Tanaman Automatik
Barangan Kitar Semula: Kayu Pallet terpakai
Keterangan Projek:
Sistem penyiraman air akan berfungsi secara automatik mengikut masa yang ditetapkan. Masa penyiraman telah ditatapkan pada jam 8 pagi dan 5 petang. Dengan adanya sistem ini penggunaan air dapat dijimatkan dan tanaman dapat disiram tepat pada masanya tanpa menggunakan tenaga manusia.
Tajuk Projek: Automatic Hand Dryer
Barangan Kitar Semula: Pengering rambut yang sudah rosak dan terbuang
Keterangan Projek:
Pengering rambut terbuang telah diubahsuai menjadi alat pengering tangan dan diletakkan di luar tandas. Pengesan inframerah dipasang pada projek bertujuan mengesan kehadiran pengguna. Pengguna hanya perlu meletakkan tangan pada bahagian bawah alat untuk membolehkan ia beroperasi secara automatik.
Tajuk Projek: Kotak recycle Paper
Keterangan Projek:
Tempat letak kertas warna dan kertas A4, dan kotak penyimpanan kertas guna semula.
BAHAGIAN PENGAJIAN AM
Tajuk Projek: Kotak recycle Paper
Keterangan Projek:
Tempat letak kertas warna dan kertas A4, dan kotak penyimpanan kertas guna semula.