Pengarah ADTEC Kemaman telah mengetuai delegasi Jabatan / Agensi KSM Negeri Terengganu ke Sesi Kunjungan Hormat Ke Pejabat YB Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri Terengganu pada 13 Februari 2019. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberikan penerangan berkenaaan fungsi dan peranan Jabatan / Agensi KSM kepada kerajaan negeri. Selain itu, kunjungan hormat ini dapat dijadikan platform untuk mencari ruang dan peluang kerjasama yang boleh dilakukan antara kedua-dua pihak.