Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) diwakili oleh 6 orang pegawai berbesar hati berkunjung ke ADTEC Kemaman atas tujuan lawatan kerja. Delegasi TESDEC disambut oleh Tuan Pengarah ADTEC Kemaman Tn. Hj. Abdul Halim pada jam 10.00 pagi. Mereka dijemput ke bilik mesyuarat utama bagi sesi penyampaian taklimat sekaligus membincangkan peluang jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak.
Delegasi TESDEC seterusnya dibawa melawat ke bengkel latihan khususnya bertumpu di Bahagian Teknologi Kimpalan dan BahagianTeknologi Elektrik Kuasa. Delegasi TESDEC diterangkan tentang program latihan Underwater Welding, Penjaga Jentera Chargeman B0 dan Teknologi KNX.
Delegasi TESDEC merisik peluang peningkatan kemahiran kepada pengajar mereka menjalani kursus B0 & KNX di ADTEC Kemaman serta perkongsian untuk membangunkan kursus yang sama di kolej mereka pada masa akan datang.