03 Sept 2022, ADTEC Kemaman telah mengendalikan Kursus Air-Conditioner Certified Technician (ACCT) DAIKIN (Cleaning) kepada 7 orang peserta industri. Kursus ini dijalankan di bawah program kerjasama JTM-DAIKIN. Para peserta dilatih untuk menyelenggara penghawa dingin jenama DAIKIN oleh pengajar bertauliah menggunakan prosedur yang betul seperti garis panduan ditetapkan oleh pengeluar demi menjamin kefungsian dan prestasi produk sentiasa ditahap terbaik. Di akhir kursus para peserta akan diuji dan dinilai seterusnya mereka yang terampil akan dianugerahi sijil profesional sebagai juruteknik bertauliah DAIKIN untuk pemasangan dan penyelenggaraan air-cond. Pekerja-pekerja industri yang berminat mendapatkan persijilan ini, boleh layari lama facebook DAIKIN (M) https://www.facebook.com/daikinmy/ atau hubungi ADTEC Kemaman 09-866 4000 untuk maklumat lanjut.