ADTEC Kemaman telah mengadakan lawatan ke ‘Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC)’ pada 27 Ogos 2019. Lawatan telah diketuai oleh Ketua Jabatan Elektrik dan Instrumentasi, Wakil Bahagian CESS serta dua orang pengajar bidang elektrik kuasa.
.
Lawatan ini bertujuan mempromosi program-program sepenuh masa dan separuh masa yang dijalankan di Bahagian Teknologi Elektrik Kuasa secara khususnya. Selain itu, perkara lain yang dibincangkan adalah berkaitan peningkatan kemahiran pengajar, latihan industri pelajar tahun akhir dan peluang pekerjaan pelajar-pelajar dalam bidang elektrik kuasa.