Bahagian Teknologi Binaan (BTB) telah mengadakan satu lawatan industri ke Tapak Projek Pembinaan Hospital Kemaman (300 katil) pada 7 April 2021. Seramai 18 orang pelajar dan 3 orang pensyarah menghadiri lawatan ini. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar semester akhir tentang tatacara kerja dan pengurusan di tapak bina.Lawatan ini dimulakan dengan lawatan ke dalam tapak bina dan diakhiri dengan taklimat yang disampaikan oleh Pengurus Projek JKR Malaysia dan wakil kontraktor utama, Ufuk Semarak Sdn Bhd. Taklimat diakhiri dengan sesi soal jawab oleh para pelajar. Semoga para pelajar mendapat manfaat dari lawatan ini.