6 April 2021. Satu lawatan tapak telah dilakukan oleh Bahagian Keselamatan Tapak Bina, Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) ke Bahagian Teknologi Binaan (BTB), ADTEC Kemaman. Lawatan ini adalah bertujuan untuk mengesahkan ADTEC Kemaman sebagai Pusat Latihan Pengendali Perancah yang berdaftar dibawah JKKP. Ianya disempurnakan dengan siri pembentangan dan lawatan fizikal fasiliti pembelajaran sebagai Pusat Latihan Pengendali Perancah. Rentetan dari hasil lawatan ini, ADTEC Kemaman akan menjadi Pusat Latihan Pengendali Perancah yang pertama di Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) seterusnya merealisasikan objektif latihan di Jabatan Tenaga Manusia (JTM) iaitu untuk mengeluarkan tenaga mahir yang kompeten.