Mesyuarat Agong Tahunan Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan (KKSK) ADTEC Kemaman Kali ke-11 Tahun 2022.
Pada 31 Mac 2022, Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan (KKSK) ADTEC Kemaman telah mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan kali ke-11 di Dewan Kuliah Utama, ADTEC Kemaman. Mesyuarat Agong KKSK telah disempurnakan perasmian oleh Tuan Pengarah ADTEC Kemaman dan berjalan lancar dengan sokongan daripada ahli-ahli yang hadir bagi menyelesaikan agenda mesyuarat iaitu pembentangan Laporan Aktiviti, mengesahkan Penyata Kewangan kelab serta cadangan dan usul daripada ahli. Mesyuarat agong dimeriahkan lagi dengan selingan acara cabutan bertuah kepada ahli yang hadir. KKSK mengucapkan terima kasih kepada sokongan yang tidak berbelah bagi daripada Pengurusan dan semua kakitangan ADTEC Kemaman. Semoga kita berjumpa lagi di mesyuarat agong sesi akan datang dengan pemilihan barisan Jawatankuasa yang baru. Insyallah.