Termeterai sudah perjanjian memorandum kerjasama di antara ADTEC Kemaman dengan Alam Dingin Air Conditioning Engineering Sdn Bhd (ADAE) bagi Progam Latihan Kemahiran bidang Penyejukbekuan & Penyamanan Udara (PPU) pengkhususan industri minyak, gas dan petrokimia.
Majlis menandatangani memorandum berlangsung di premis Alam Dingin Engineering Sdn. Bhd ini diwakili oleh Ketua Jabatan Elektrik & Instrumentasi En Ismawi Bin Ismail dan Alam Dingin Air Conditioning Eng diwakili oleh Technical Director En Suhaimi Bin Mat Sohor dengan disaksikan oleh delegasi dari ADTEC Kemaman dan ADAE yang terdiri daripada HSE, QAQC Manager ADAE, Ketua Bahagian & Pengajar Teknologi PPU, serta Pegawai-pegawai dari Unit Perhubungan Industri ADTEC Kemaman.
Objektif memorandum ini adalah bertujuan untuk bekerjasama dalam berkongsi maklumat teknologi terkini serta menyediakan peluang latihan teknikal kepada pelajar, pengajar dan pekerja di dalam bidang tersebut. Hubungan kerjasama ini juga adalah untuk menyahut usaha kerajaan memperkasakan bidang TEVT dengan melahirkan tenaga kerja berkemahiran dan golongan profesional untuk memenuhi permintaan gunatenaga bagi menghadapi persaingan dunia pekerjaan khususnya di dalam bidang Penyejukbekuan & Penyamanan Udara.