Pusat Latihan Tinggi Teknologi Kemaman atau singkatannya ADTEC Kemaman ditubuhkan di bawah pentadbiran Jabatan Tenaga Manusia (JTM) yang dikelolakan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) Malaysia. Pusat latihan ini terletak kira-kira 22.5km dari Bandar Chukai.Ianya dibina di atas tapak seluas 100 ekar di Kampung Payoh, Kemaman, Terengganu. ADTEC Kemaman telah siap dibina sepenuhnya pada tahun 2010. Secara umumnya ADTEC Kemaman merupakan agensi kerajaan pusat yang bertujuan memberi latihan teknikal secara formal kepada pekerja-pekerja sektor perindustrian dan para belia lepasan sijil bagi membolehkan mereka mendapat kemahiran terutamanya dalam bidang Sivil, Mekanikal dan Elektrikal.
Selaras dengan visi untuk menjadi institusi peneraju dalam membangunkan tenaga kerja yang berdaya saing, ADTEC Kemaman terus melangkah maju ke hadapan bagi merealisasikan misinya untuk melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing di era globalisasi ini.
ADTEC Kemaman menawarkan kursus-kursus diperingkat Diploma Teknologi dan Diploma Lanjutan Teknologi secara sepenuh masa. Bagi kursus jangka pendek banyak dilaksanakan di sini dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Antara kursus professional yang ditawarkan ialah:
- Scaffolding Level 1, Level 2 and awareness
- Kimpalan 3G, 6G
- Welding inspector 3.0
- Authorized Entrant & Standby Personel
- Safe Handling of Forklift Truck
- Blasting & Painting
- Rigging & Slinging
- Gas pipe fitting and insulation
- Authorised Gas Tester and Entry Supervisor for Confined Space
- Basic Offshore Safety Induction and Emergency Training
- Working at Height
- Site Safety Supervisor (3S)
- Non-destructive testing (ndt)- ultrasonic testing/ penetrant testing/ magnetic particle testing
Di samping itu, ADTEC Kemaman menyediakan tempat yang kodusif dan selesa bagi para pegawai dan pelajar. Antara kemudahan yang ditawarkan merangkumi aspek:
- Kediaman
- Dewan makan dan kafeteria
- Rekreasi dan sukan
- Pembelajaran & Latihan
- Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)