Perjumpaan Pengarah bersama staf bil. 1/2022 telah diadakan pagi ini di Dewan Kuliah Utama. Majlis telah dimulakan dengan doa oleh Ustaz Abdul Halim Siddiq bin Mohamad Kamal.
Agenda pertama ialah Pembentangan Pelan Antirasuah Organisasi (Organisational Anti-Corruption Plan, OACP) JTM 2021-2025 oleh En Hasbullah bin Wahab.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan sesi suai kenal Pegawai dan staf yang baharu berpindah ke ADTEC Kemaman.
Kemudian, agenda majlis disusuli dengan Amanat Pengarah ADTEC Kemaman, Tuan Haji Abdul Halim bin Abd Rahman, yang menjelaskan arah tuju dan perancangan bagi tahun 2022 ini.
Sesi penyampaian sumbangan oleh Kelab Kebajikan & Sukan Kakitangan (KKSK) kepada warga ADTEC Kemaman yang terlibat adalah acara penutup bagi majlis ini.
Semoga ADTEC Kemaman terus melakar kecemerlangan bagi tahun 2022 ini.