Tempat: Dewan Besar, ADTEC Kemaman
Tarikh: 21 Januari 2018
Program menderma darah di Dewan Besar, ADTEC Kemaman yang telah diadakan pada 21 Januari 2018. Program ini diadakan dengan kerjasama 15 orang kakitangan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) serta 110 orang penderma yang terdiri daripada pelajar serta kakitangan dan berjaya memungut 80 pain darah. Aktiviti ini adalah untuk memupuk kesedaran dan sifat perihatin warga ADTEC Kemaman dalam membantu pesakit-pesakit di hospital.