Program ‘Online Exchange’ antara Kolej Oyama (KOSEN) Jepun dan ADTEC Kemaman, ADTEC Taiping & ADTEC Kulim telah diadakan dengan jayanya pada 8hb Disember 2021.
ADTEC Kemaman telah diwakili oleh Muhammad Haris bin Jailani, Faritz Imran bin Hairulnizam dan Muhamad Harith bin Mohd Lutfi. Ketiga-tiga pelajar merupakan pelajar semester 2 kursus Diploma Teknologi Penyelenggaraan Bangunan dan Fasiliti, Jabatan Sivil & Mekanikal, ADTEC Kemaman.
Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang hubungan sosial, pertukaran budaya dan perkongsian pengetahuan bersama pelajar-pelajar dari luar negara.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.