Program Pencegahan Jenayah Media Sosial Sesi 1/2022 yang melibatkan 503 orang pelajar telah dilaksanakan di Dewan Besar, ADTEC Kemaman pada 24 April 2022. Ceramah ini telah disampaikan oleh Asistan Superintenden Polis (ASP) Mohd Fahmiy bin Mohd Zain, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman. Program yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling & Psikologi di bawah Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan ini bertujuan untuk memberikan kesedaran di peringkat awal, memupuk sikap pelajar supaya sayang pada diri sendiri, keluarga dan masyarakat serta mencegah masalah disiplin dalam kalangan pelajar.