Program Pendidikan Pengundi (Voter Education) anjuran Akademi Pilihan Raya (APR) dan BPPL
ADTEC Kemaman telah diadakan di Dewan Kuliah Utama, ADTEC Kemaman pada 14 September 2022 kepada semua pelajar. Program ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat berkenaan perjalanan proses pilihan raya di Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada penceramah dan fasilitator dari Akademi Pilihan Raya (APR) di atas kesudian menyampaikan perkongsian informasi ini.