Seramai sepuluh (10) orang peserta Program Underwater Welding di ADTEC Kemaman kemasukan 2022 telah memulakan latihan Modul 1 – Open Water Diver pada 30 Okt 2022 – 07 Nov 2022. Mereka terlebih dahulu menjalani latihan Penyelaman Scuba di Teluk Lipat & Pulau Tenggol, Dungun pada 30 Oktober 2022 sehingga 4 Nov 2022 (6 hari) serta berjaya lulus persijilan Professional Association of Diving Instructors (PADI) disamping melengkapkan 10 sesi penyelaman. Mereka seterusnya dinilai pula oleh Pegawai Pengesah Luaran (PPL) pada 6-7 Nov 2022 untuk melayakkan dipersijilkan SKM modular Open Water Diver Level-3. Semoga kesemua mereka berjaya mengharungi modul-modul berikutnya pada tahun 2023 seterusnya menjadi generasi ke-2 Jurukimpal Bawah Air kelahiran ADTEC Kemaman. Bravo!!!