Taklimat ‘Manfaat Pelajar dan Pekerja Berpencen dalam KWSP’ telah disampaikan oleh Encik Zainal Abidin bin Mohamad, Pegawai RAS (Retirement Advisory Service) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Cawangan Kemaman pada 27 Mac 2022 di Dewan Kuliah Utama, ADTEC Kemaman. Antara perkara yang dikongsikan adalah berkenaan struktur akaun dan skim KWSP, perancangan kewangan, caruman sukarela, simpanan konvensional dan simpanan shariah, serta info lain berkenaan simpanan KWSP yang dapat memberikan manfaat kepada pelajar semester akhir dan kakitangan ADTEC Kemaman.